BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Khamis, 23 Julai 2009

LENCANA SEKOLAH

Rabu, 22 Julai 2009

SEJARAH GURU BESAR

Senarai nama Guru Besar yang mentadbir Sekolah Kebangsaan Mata Ayer sejak dari awal penubuhan adalah seperti berikut:


1. En. Mustapha bin Ahmad - 08.12.1954 hingga 08.03.1960.

2. En. Hassan bin Awang - 09.03.1960 hingga 31.12.1969

3. Tuan Hj.Omar bin Hj. Salleh - 01.01.1970 hingga 01.10.1982.

4. Tuan Hj. Yahya bin Ismail - 19.10.1982 hingga 31.12.1987.

5. Y.M. Engku J. Iskandar b. Engku Mat - 01.01.1988 hingga 31.01.1992.

6. Tn. Hj. Ismail b.Hj. Ab. Hamid - 01.02.1992 hingga 15.09.1992.

7. En. Wan Mat Rani b. Wan Ismail - 27.12.1992 hingga 15.12.1993.

8. Tn. Hj. Mustapha b. Ibrahim - 16.12.1993 hingga 31.12.1996.

9. Tn. Hj. Muhd. Zake b. Muhd. Arshad - 01.01.1997 hingga 15.04.1998.

10. Tn. Hj. Tuan Lah b. Tuan Soh - 16.04.1998 hingga 31.12.2000.

11. En. Mohamad b. Junus - 01.01.2001 hingga 31.03.2005.

12. En. Ab. Rahman b. Che Noh - 01.04.2005 hingga 19.03.2007.

13. En. Mamat bin Mat Taib - 20.03.2007 hingga 16.06.2007.

14. En. Che Hussin b. Harun - 17.06.2007 hingga kini.

Selasa, 2 Jun 2009

SEJARAH SEKOLAH


Gambar di atas adalah bangunan lama yang dijadikan kelas prasekolah.
















Sekolah Kebangsaan Mata Ayer terletak di Daerah Pulai Chondong dalam Jajahan Machang. Dahulunya sekolah ini dikenali sebagai "Sekolah Melayu Rakyat Mata Ayer".


Sebelum wujudnya sekolah ini, kanak-kanak di sekitar Kampung Mata Ayer belajar di Sekolah Melayu Bandar yang jaraknya lebih kurang 3.0 km. Kebanyakan murid hanya berjalan kaki ke sekolah kerana ketika itu belum ada kemudahan jalan raya. Murid-murid dari Kampung Mata Ayer terdiri daripada kaum Melayu dan Cina.

Suatu hari , pada tahun 1954, satu kejadian telah berlaku. Seorang murid berbangsa Cina dari Kampung Mata Ayer telah bergurau dengan beberapa orang murid berbangsa Melayu. Dalam kejadian itu murid berbangsa Cina berkenaan telah pengsan. Guru Besar Sekolah Melayu Bandar telah membawa murid berkenaan ke hospital Kota Bharu.

Beberapa hari kemudian, murid berkenaan meninggal dunia. Kejadian tersebut telah menimbulkan kemarahan orang-orang Cina dari Kampung Mata Ayer serta menaruh perasaan curiga dan bimbang terhadap keselamatan anak-anak mereka jika terus belajar di Sekolah Melayu Bandar.

Di bawah kepimpinan penghulu mereka, Koh Bon Chai, satu perjumpaan di kalangan ibubapa telah diadakan. Hasil daripada perjumpaan tersebut semua ibubapa serta penduduk Kampung Mata Ayer telah sebulat suara mahukan sebuah sekolah didirikan di kampung mereka sendiri demi keselamatan anak-anak dan kemudahan penduduk setempat.

Koh Bon Chai, kemudiannya bersama dengan Tan Thean Som iaitu wakil ibubapa dan penduduk Kampung Mata Ayer telah membuat satu perjumpaan dengan Encik Abdul Kadir b. Abdullah (Pengelola Sekolah-Sekolah Kebangsaan Kelantan) pada masa itu untuk memohon bagi mendirikan sebuah sekolah di Kampung Mata Ayer. Hasil daripada pertemuan tersebut, satu persetujuan telah dicapai di mana sebuah sekolah akan didirikan di Kampung Mata Ayer.

Maka bermulalah sejarah baru di Kampung Mata Ayer di mana sebuah bangunan kayu yang berukuran 7m x 5m telah didirikan secara gotong-royong oleh penduduk kampung.
Tanggal 08.12.1954 , terbinalah sebuah sekolah yang dinamakan SEKOLAH MELAYU RAKYAT MATA AYER. Dan ianya telah didaftarkan pada 23 April 1967. (No. Kn (SK) No. 60.)